Career Development Plan

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap manusia pasti mempunyai impian, Setiap impian itu juga pasti kita berharap ianya dapat direalisasikan. Begitu juga cikgu chem, cikgu chem juga mempunyai impian dan perancangan untuk masa hadapan. Perancangan cikgu chem selepas habis latihan mengajar ialah jika diberi rezeki dapat posting ke mana-mana tempat untuk mengajar, cikgu chem harap dapat mengajar dengan sungguh-sungguh walaupun banyak dengar luahan daripada senior-senior cikgu chem yang masih tak dapat posting. Jika tiada rezeki dapat mengajar di sekolah kerajaan, cikgu chem akan cuba memohon di sekolah swasta atau sekolah-sekolah bukan kerajaan.
Namun begitu, cikgu chem juga berhasrat untuk membuka pusat tuisyen cikgu chem sendiri satu hari nanti. Insyaallah doakan cikgu chem semua ;)

"Manusia merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cintaNya"

No comments:

Post a Comment