Reflections

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualikum semua dan Selamat Sejahtera...

Alhamdulillah, dan terima kasih Dr. Asmayati Binti Yahaya kerana mengajar kami dalam kursus SKI3013:Information And Communication Technology In Chemistry selama 14 minggu ini. Terdapat banyak ilmu baru yang saya pelajari daripada kursus ini dalam memperbaiki dan memperkembangkan kemahiran untuk menjadi seorang guru satu hari nanti terutamanya dalam bidang Kimia.
 Berikut merupakan tajuk-tajuk yang dipelajari iaitu:

  • BLOGSPOT
  • WIX.COM
  • PREEZI
  • PUBLISHER
  • MOVIEMAKER
  • FLICKERS
  • CHEMSKETCH
1.Blogspot

Melalui topik ini, saya telah berjaya menghasilkan blog saya sendiri hasil bantuan daripada rakan-rakan yang telah membentangkan topik ini. Bagi saya, blogspot ini amat wajar untuk digunakan oleh semua lapisan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur tetapi medium ini perlulah dikendalikan dengan bijaksana agar dapat memberi manfaat kepada orang yang melawati laman web kita. Selain itu, sebagai seorang guru, blog ini juga dapat digunakan untuk memberi kemudahan kepada anak-anak murid untuk mendapatkan input-input penting daripada guru mereka.

2, Wix.com

Topik ini pula adalah topik yang sama seperti blogspot dan ianya lebih menarik untuk dijadikan laman web berilmiah. Kita juga boleh menggunakan Wix.com sebagai blog sekolah di tempat kita mengajar nanti untuk memberi kemudahan kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar serta orang luar yang ingin mengetahui perkembangan sekolah. Saya juga berhasil menghasilkan blog kimia untuk kegunaan pelajar sekolah menengah yang ingin memahami tajuk-tajuk dalam silibus mereka.

3. Preezi

Perisian ini pula merupakan perisian di dalam talian(software online) untuk digunakan dalam membuat persembahan/pembentangan. Perisian ini lebih menarik daripada Microsoft Power Point kerana mempunyai aplikasi dan butang-butang yang boleh bergerak. Saya rasa perisian ini dapat digunakan sebagai salah satu alat bantuan mengajar untuk guru-guru di sekolah. Saya juga telah berhasil menghasilkan pembentangan yang menarik melalui perisian ini dan hasilnya dapat menarik minat orang lain untuk lebih fokus dan semangat untuk mendengar pembentangan kita.

4. Publisher

Mungkin kita jarang menggunakan perisisan ini kerana ianya kurang digunakan oleh orang ramai. Sebenarnya selepas mempelajari topik ini, saya baru tersedar Publisher juga boleh digunakan guru-guru untuk membuat pamplet yang menarik dan kad-kad yang cantik apabila mempunyai majlis-majlis di sekolah. Sewajarnya sebagai guru, kita perlulah mempunyai kebolehan dan kreativiti dalam mempelbagaikan cara mengajar untuk pelajar-pelajar kita. Salah satu perisisan yang boleh digunakan adalah Publisher. Kita boleh menyediakan nota-nota yang menarik untuk keguanaan pelajar kita di sekolah.

5. Moviemaker

Perisian ini saya rasa ramai yang mengenalinya kerana selalu digunakan untuk membuat slideshow dalam majlis-majlis tertentu. Namun begitu, ianya memerlukan pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakannya agar dapat menghasilkan persembahan yang lebih menarik untuk ditayangkan.

6. Flickers

Perisian ini pula memerlukan sambungan internet untuk mengakses ke dalam laman ini. Kita juga perlu membuka akaun kita sendiri dan perisian ini juga boleh disamakan seperti Instagram, Facebook kerana boleh digunakan untuk berkongsi gambar-gambar yang menarik. Namun begitu, perisian ini mempunyai kelemahan iaitu setiap gambar yang dihantar tidak dapat untuk dipadam semula dan diedit. Oleh itu, ia kurang mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna untuk menggunakannnya.

7. Chemsketch

Persisian Chemsketch pula adalah topik yang paling baru dalam pembelajaran saya kerana tidak pernah mengetahui kewujudannya sebelum ini. Tajuk ini adalah tajuk yang dibentangkan oleh saya dan seorang lagi kawan saya. Saya rasa perisian ini amat berguna untuk semua pelajar Kima dan guru-guru Kimia untuk menggunakannya di dalam pembelajaran Subjek tersebut. Kita dapat melukis molekul-molekul dengan mudah dan senang melalui butang-butang yang disediakan. Kita tidak perlu bersusah payah untuk mencarinya di laman-laman lain kerana perisian ini memang telah menyediakan segala elemen-elemen yang sering digunakan oleh pelajar kimia.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, topik-topik yang dipelajari ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Sebagai contoh terdapat perisian yang perlu digunakan apabila mempunyai talian internet seperti Preezi, Flickers, Blogspot dan Wix.com. Jika tiada talian internet yang baik kita tidak dapat untuk mengakses ke laman tersebut dan ianya akan mengganggu kerja-kerja kita. Manakala perisian Publisher dan Chemsketch serta Moviemaker boleh digunakan tanpa perlu mendapatkan internet kerana ianya boleh digunakan setelah di muat turun ke dalam laptop kita.


Tugasan-tugasan yang diberi

Selain daripada mempelajari topik-topik di dalam bilik kuliah, tugasan-tugasan yang diberi juga dapat membantu saya untuk memahami topik-topik yang dipelajari dan diaplikasikan di dalam bidang kimia yang saya ceburi. Anda boleh lawati tugasan-tugasan yang telah saya laksanakan di home page saya. Antaranya adalah simulation dan melalui tugasan ini saya dapat membina soalan-soalan berkaitan tajuk kimia untuk digunakan di sekolah nanti. Selain itu kami juga dapat membuat puzzle dan crossword melalui software/ perisian yang boleh didapati di laman-laman web yang menyediakannya untuk digunakan sebagai alat bantu mengajar di sekolah.


No comments:

Post a Comment